PASANGAN warga emas di Tamil Nadu, India, dituduh membakar seorang bayi lelaki pada Rabu lalu. Mayat bayi itu ditemui di belakang sebuah premis teater pada awal pagi hari kejadian. Menurut polis, bayi itu masih hidup sewaktu dibakar. Siasatan polis membawa kepada penemuan ibu bayi tersebut, seorang wanita berusia 22 tahun yang dikenali sebagai Sankaragomathi. Kata polis, wanita itu hamil anak luar nikah dan pernah cuba untuk menggugurkan kandungan sebanyak dua kali. "Gadis itu hamil selepas menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki dikenali sebagai Shankar. "Dia melahirkan bayi itu pada awal pagi Rabu. Ibunya membalut bayi itu dengan kain sebelum menyalakan api," ujar pihak polis. Selain warga emas tersebut, bapa kepada bayi itu turut ditahan untuk membantu siasatan. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!