SEORANG lelaki berusia 74 tahun dari Tamil Nadu, India menyimpan patung bersaiz manusia mirip isterinya bagi mengenang kematian wanita itu. Sethuraman dikatakan sukar meneruskan kehidupan selepas kematian S. Pichaimani, 67, akibat serangan jantung pada 10 Ogos lalu. Ujar ahli perniagaan itu, kehadiran patung berkenaan mampu mengisi kekosongan dalam dirinya. Dedahnya lagi, patung itu mengambil masa 25 hari untuk disiapkan. "Saya baru sahaja kehilangan isteri. Apabila saya pandang patung ini, saya rasa dapat berhubung dengannya. "Sewaktu saya ada masalah kewangan, isteri sentiasa ada dengan saya. Dia ibarat rakan baik saya," ujarnya. Mempunyai tiga anak, dia mendedahkan kesemua mereka sudah berkahwin dan tinggal berasingan. Tambah Sethuraman lagi, dia juga akan sentiasa mengenang tempoh 48 tahun sepanjang dia bersama mendiang isterinya. - India Times. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!