SEORANG lelaki dari Switzerland menghabiskan 400 jam untuk proses mencacah tatu pada hampir keseluruhan tubuhnya. Menurut Yannic Rick, proses itu bermula sewaktu dia berusia 19 tahun selepas dia mula obses dengan rasa sakit dalam proses mencacah tatu. "Sewaktu umur 19 tahun, saya nampak lelaki di pantai dengan tatu penuh pada tubuh. Saya mula buat kajian mengenai seni tatu. "Mula-mula saya warnakan keseluruhan lengan saya jadi hitam. Saya rasa kagum dengan kesakitan sewaktu mencacah tatu dan bagaimana ia sembuh. "Saya sudah habiskan sekitar 400 jam dalam beberapa sesi mencacah tatu pada badan, ' ujarnya. Dalam pada itu, Yannick mengakui dia juga pernah dilabel sebagai lelaki hodoh kerana memiliki banyak tatu pada badan. Malah katanya, ia turut menyukarkan dia dalam proses mencari pekerjaan. Selain sukar mencari kerja, dia juga gagal menemui cinta sejati memandangkan ramai wanita yang takut akan imejnya itu. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!