SEBUAH taman tema dinosaur yang menjadi tarikan pelancongan di Devon, England ditutup selepas pemiliknya disahkan bersalah atas kesalahan memiliki video lucah. Pemiliknya, David Hill, 54, dijatuhkan hukuman sebagai pesalah seks selama 10 tahun selepas mengaku menyimpan pelbagai rakaman melibatkan wanita dan kanak-kanak. Lebih teruk, dia turut menyimpan video hubungan seks antara manusia dengan haiwan seperti anjing dan kuda. Untuk rekod, dia mula membuka taman tema itu pada tahun 2010. Selain permainan interaktif, ia turut menjadi lokasi pameran berkaitan haiwan purba itu. Serbuan pertama terhadap lelaki itu dilakukan pada 2019 dan kesemua rakaman berkenaan disimpan dalam laptop miliknya. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!