DALAM berhadapan wabak Covid-19, kita semua diingatkan agar memakai pelitup muka dalam usaha mengekang penularannya. Namun, lain pula ceritanya melibatkan wanita ini apabila dia dan anaknya diusir keluar dari pesawat sewaktu dalam perjalanan dari Fort Myers, Florida ke Chicago pada Sabtu. Kata Jodi Degyansky, 34, anaknya yang berusia dua tahun membuka pelitup muka seketika untuk menikmati makanan. Dakwa wanita itu, pesawat itu berpatah balik untuk mengusir dia dan anaknya biarpun sudah memakai semula pelitup muka berkenaan. Selain berang, dia turut berasa malu dan kecewa atas kejadian itu. Sebagai alternatif, dia terpaksa membeli tiket pesawat lain untuk meneruskan perjalanannya. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!