SEORANG pelajar di India melalui perjalanan hampir 700 kilometer dari Darbhanga di Bihar untuk menduduki peperiksaan di Kolkata. Mengambil masa selama lebih 24 jam, Santosh Kumar Yadav perlu bertukar sebanyak dua bas untuk meneruskan perjalanan. Malangnya, Yadav tiba lewat 10 minit ke pusat peperiksaan. Menurut laporan, kelewatan itu menyebabkan Yadav tidak dibenarkan masuk ke pusat peperiksaan di sebuah sekolah di Tasik Salt di timur Kolkata. "Saya merayu kepada pihak berkuasa tetapi mereka kata saya lambat. "Peperiksaan bermula pukul 2 petang, dan saya tiba di pusat peperiksaan sekitar pukul 1.40 petang. "Waktu akhir untuk masuk menduduki peperiksaan adalah pukul 1.30 petang," katanya dipetik sebagai berkata dalam laporan HT, kepada saluran berita tempatan. "Saya rugi setahun," tambahnya. Menurut garis panduan peperiksaan itu, National Eligibility cum Entrance Test (NEET), setiap calon diminta untuk melaporkan sekurang-kurangnya tiga jam lebih awal untuk menjalani pemeriksaan keselamatan dan kesihatan ekoran pandemik Covid-19. - India Times Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!