suria

Ketulan dalam perut disangka barah, rupa-rupanya gumpalan rambut seberat 7 kilogram!

Gumpalan rambut seberat 7 kilogram yang dikeluarkan daripada perut seorang gadis. Foto: Newslions Media/SWNS

SEKUMPULAN doktor berjaya mengeluarkan satu ketulan rambut seberat 7 kilogram dari perut seorang gadis.

Menerusi video yang dimuat naik di internet, pembedahan itu dilakukan pada 31 Ogos lalu di sebuah hospital di Bokaro, India yang diketuai oleh Dr GN Sahu.

Ketulan rambut itu terhasil akibat daripada tabiat pelik gadis berusia 17 tahun berkenaan yang suka mengunyah rambut sejak beberapa tahun lalu.

Pada mulanya, pemeriksaan ultra-sound mengesyaki ketulan berkenaan sebagai barah namun apabila pembedahan selama enam jam dilakukan, ternyata ia mengejutkan pasukan perubatan berkenaan.

Dr Sahu sendiri mengakui bahawa ia adalah pengalaman pertamanya melihat ketulan rambut yang besar sepanjang 40 tahun kerjayanya dalam bidang perubatan.

Sementara itu, keadaan gadis tersebut dilaporkan stabil. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

barah, ketulan, gumpalan rambut

Artikel Lain