suria

Dihalau gara-gara pakaian seksi, 20 aktivis wanita sanggup buka baju depan muzium sebagai tanda protes

Video sewaktu protes berkenaan turut dikongsi di laman sosial sehingga menjadi tular.

SERAMAI 20 aktivis wanita sanggup membuka baju di hadapan sebuah muzium sewaktu protes berlangsung di Paris, Perancis pada Ahad.

Sebelum itu, seorang gadis berusia 22 tahun dikenali sebagai Jeanne dihalang masuk ke muzium berkenaan kerana baju yang dipakai memaparkan lurah dadanya.

Susulan itu, 20 aktivis tampil membuat protes di hadapan muzium berkenaan sebagai tanda sokongan atas layanan yang diberikan kepada Jeanne.

Selain protes di muzium, mereka turut menyuarakan rasa tidak puas hati menerusi laman Twitter rasmi Femen.

"20 aktivis Femen membuka baju di hadapan muzium.

"Hentikan eksploitasi seks ke atas tubuh wanita," tulis kumpulan itu.

Selain itu, video sewaktu protes berkenaan turut dikongsi di laman sosial sehingga menjadi tular. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Jeanne, protes, seksi, muzium

Artikel Lain