SEORANG wanita tercampak keluar dari keretanya yang sedang bergerak ketika membuat video Snapchat. Dalam kejadian di lebuh raya di Surrey di Kent, England, wanita berkenaan dilaporkan bersandar pada tingkap kereta untuk membuat video tersebut. Mangsa yang merupakan penumpang di tempat duduk hadapan berakhir membuat live di lorong pada pukul 1.30 pagi Sabtu. 19 September. Dia bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan dan dirawat oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian. Unit trafik polis Surrey menerusi akaun Twitter berkata: "Penumpang tempat duduk hadapan tercampak keluar ketika membuat video Snapchat di lebuhraya M25. "Dia bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan parah atau terbunuh." - Daily Star Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!