KELAZIMANNYA kita mendengar haiwan yang sering mendapat anugerah adalah merupakan anjing. Namun kali ini, seekor tikus di Kemboja dianugerahkan pingat emas kerana keberaniannya. Magawa, seekor tikus gergasi Afrika dianugerahkan pingat emas PDSA kerana berjaya mengesan 39 periuk api dan 28 bahan peledak yang tidak meletup sejak mendapat latihan oleh badan amal tempatan. Tikus itu dilatih oleh Pembangunan Pengesanan Periuk Api Anti-Personel (APOPO) melalui lebih dari 141,000 meter persegi tanah bagi mengesan periuk api. Sebanyak empat hingga enam juta periuk api diletakkan di Kemboja antara tahun 1975 dan 1998 yang menyebabkan lebih dari 64,000 kematian. - Metro.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!