PASANGAN kekasih lesbian di Tavira, Portugal didakwa membunuh seorang pekerja hotel dengan memenggal kepalanya pada Mac lalu. Kepala mangsa, Diogo Goncalves, 21, disimpan di dalam bilik hotel berhari-hari sebelum sebahagian badannya dibuang ke dalam laut. Sebahagian lagi tubuhnya disimpan dalam dua buah kenderaan sebelum ia dibuang ke kawasan air terjun Pego do Inferno. Kini, dua wanita dikenali sebagai Maria Malveiro, 19, dan kekasihnya, Mariana Fonseca, 23, sedang dibicarakan sebagai suspek utama kes berkenaan. Menurut siasatan awal, mereka didakwa membunuh mangsa untuk mendapatkan wang tunai. Sewaktu kejadian, mereka turut memotong jari mangsa demi mendapatkan akses kepada akaun bank miliknya. Difahamkan, jari yang dipotong digunakan untuk membuka telefon mangsa sebelum kedua-dua suspek menggunakan perbankan dalam talian dan membuat transaksi sebelum badannya dibuang dalam tempoh 24 jam - Daily Star. TONTON VIDEO PILIHAN!