SEORANG lelaki di Bargarh, Odisha, India ditahan kerana cuba menjual vaksin Covid-19 palsu. Prahallad Bisi, 32, ditahan sewaktu serbuan dibuat di kediamannya. Dalam serbuan itu, polis menemui 12 botol vaksin palsu bersama picagari dan label yang telah dicetak. Menurut Sashmita Dehury, Inspektor bahagian dadah di Bargarh, pihaknya mendapat maklumat lelaki itu sedang dalam perancangan untuk memasarkan produk palsu berkenaan. "Apabila kami tanya bagaimana dia buat vaksin, apa kandungannya? Dia kata, ia rahsia dan tak akan dedahkannya. "Dia mendakwa vaksin tersebut 100 peratus berkesan," ujar seorang lagi inspektor. - India Times. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!