SEORANG guru lelaki yang memiliki tatu di seluruh badan kecewa apabila dia dihalang untuk bertugas. Sylvain Helaine yang mengajar kanak-kanak bawah enam tahun di sebuah pusat asuhan di Paris, Perancis berhadapan situasi itu selepas seorang ibu membuat aduan kepada pengetua institusi pendidikan berkenaan. Ujar pengadu, tatu pada badan Sylvain membuatkan anaknya yang berusia tiga tahun berada dalam keadaan ketakutan. Susulan itu, dia diarah mengajar kanak-kanak berusia enam tahun ke atas sahaja selepas aduan itu dibuat. Menurut guru berusia 35 tahun itu, dia mula mendapatkan tatu sejak berusia 27 tahun. Malah katanya, dia tidak pernah berhadapan masalah itu sepanjang kerjayanya sehinggalah wanita tersebut membuat aduan. "Semua guru, murid dan ibu bapa biasanya baik-baik sahaja dengan saya, kerana mereka kenal saya. "Cuma, bila ada yang lihat dari jauh, mereka fikir bukan-bukan. "Saya rasa keputusan yang dibuat agak menyedihkan," ujar Sylvain lagi. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!