suria

Ketagih suntikan 'filler', wanita abaikan amaran doktor demi dapatkan bibir terbesar di dunia

Andra melakukan 21 suntikan terhadap bibirnya. Foto: Jam Press

SEORANG wanita yang sanggup mengeluarkan kos yang tinggi untuk mendapatkan bibir terbesar di dunia, baharu selesai melakukan suntikan ke-21.

Gara-gara ketagihan suntikan 'filler', wanita tersebut menjadikan ukuran bibirnya besar berkali ganda, walaupun telah diberi amaran oleh doktor.

Andrea Emilova Ivanova, 22, dari Sofia, Bulgaria berkongsi gambar terbaharunya dengan 62,100 pengikut di Instagram.

"Dua minggu yang lalu, saya melakukan suntikan ke-21 kerana saya ingin mengekalkan bentuk bibir dan menjadikannya lebih besar.

"Asid hyaluronik dipecahkan oleh badan dalam beberapa bulan dan bibir menjadi lebih kecil, jadi saya harus terus menambahkan lebih banyak secara berkala agar kelihatan lebih besar," katanya.

Andrea berkata, doktornya menyuarakan rasa bimbang dengan saiz tersebut dan mahu mengecilkannya.

"Tetapi saya dengan tegas menolak dan mengatakan kepadanya bahawa saya akan terus membesarkan bibir saya," kata gadis muda itu.

Andrea menghabiskan £ 135 (RM 721) untuk setiap suntikan filler, bermakna dia sudah menghabiskan £ 2,835 (RM 15,159) untuk 21 jumlah prosedur.

Andrea mula mendapat suntikan pada tahun 2018 dan mengatakan bahawa dia mendapat pujian daripada pengikutnya. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain