suria

Lelaki maut jatuh tebing ketika selfie atas pokok

Dahan pokok patah menyebabkan mangsa yang sedang bergambar jatuh dari tebing. Foto Oregon State Police

SEORANG lelaki maut selepas terjatuh dari tebing ketika sedang bergambar di atas sebatang pokok.

Mangsa, Steven Gastelum terjatuh lebih 30 meter ke Lautan Pasifik dari tebing di Oregon di Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Devil's Cauldron.

Polis berkata, dahan pokok di Oswald West State Park, yang dipanjat Gastelum patah, menyebabkan mangsa berusia 43 tahun itu terjatuh.

Pengawal Pantai dan anggota bomba melancarkan misi menyelamat sebelum mangsa ditemui.

Gastelum, yang merupakan penduduk tempatan, dibawa ke hospital Tillamook dan kemudiannya disahkan meninggal dunia.

Polis Negeri Oregon melancarkan siasatan dan mengatakan bahawa mangsa sedang bergambar untuk beberapa saat sebelum dia terjatuh.

Lebih 250 orang maut semasa cuba mengambil gambar selfie, menurut satu kajian yang dikeluarkan pada 2018. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

terjatuh, selfie, tebing,

Artikel Lain