SEORANG mangsa buli di sebuah sekolah berasrama di England ditemui mati akibat bunuh diri. Pierre DaCosta Noble ditemui tergantung pada 9 November tahun lalu selepas kecewa akibat diperlakukan kejam oleh rakan-rakannya. Menerusi inkues pada Isnin lalu, ia mendedahkan remaja berusia 14 tahun itu tertekan apabila bantal dan kasut miliknya dilumur dengan najis. Mangsa disifatkan sebagai pelajar contoh dan mula menyertai sekolah berprestij itu pada tahun sama. Malah, dia juga cukup popular dalam kalangan pelajar di sekolah itu. - Daily Star.' Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!