PADAH membuat gurauan atau prank, begitulah nasib yang menimpa seorang pelajar yang cuba memasukkan dirinya dalam mesin pengering baju. Pelajar berkenaan, Rosie Cole, 21, terpaksa diselamatkan oleh pasukan bomba selepas kakinya tersepit di dalam mesin tersebut. Ketika kejadian di Yorkshire, England, rakan-rakan serumah yang sama-sama menuntut di Universiti Hull cuba membantu untuk mengeluarkannya tetapi gagal. Sebelum itu, Rosie minum bersama rakan-rakannya dan kemudian mencabar dirinya untuk masuk ke dalam mesin pengering. Rakan-rakannya pada awalnya berfikir Rosie tidak muat untuk masuk ke dalam mesin tersebut, tetapi mereka terkejut apabila kaki gadis itu tersepit di dalamnya. Pasukan kecemasan dihubungi dan seramai tiga anggota bomba datang ke lokasi kejadian untuk menyelamatkannya. - The Sun UK Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!