SEORANG ibu memfailkan saman terhadap sebuah gimnasium susulan anak lelakinya didakwa meninggal dunia selepas ditimpa alat pengangkat berat kerana tiada pengawasan staf. Mangsa, Ben Shaw, seorang remaja berusia 15 tahun mengendalikan peralatan di gimnasium yang terletak di Brisbane, Australia itu secara bersendirian apabila alat berkenaan terjatuh di atas lehernya pada 2017. Dia menderita kesakitan akibat ditimpa alat berkenaan selama 30 minit sebelum dikejarkan ke hospital. Ibunya, Dalya kini sedang dalam proses memfailkan saman berjumlah kira-kira $581,000 (RM 2.4 juta) terhadap gimnasium berkenaan kerana didakwa cuai. Dia juga mendakwa gimnasium tersebut tidak memiliki atau mengikuti prosedur penting, yang menyebabkan anaknya tidak diawasi ketika menggunakan peralatan. - Metro.co.ukNak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!