suria

Objek aneh kelilingi katil bayi, lebih seram ia 'ghaib' apabila dirakam telefon bimbit

Kelihatan imej aneh bercahaya yang dirakam 'baby monitor' mengelilingi katil bayi. Foto: Dailystar

SEORANG lelaki dan isterinya ketakutan selepas menyedari terdapat satu 'objek' aneh seperti benda bulat yang yang mengelilingi katil tempat tidur bayi mereka pada waktu malam.

Video menyeramkan itu dimuat naik oleh seorang pelayar laman Reddit.

Imej tersebut dirakam menerusi sebuah kamera pemantau bayi (baby monitor) yang dipasang di dalam bilik bayi.

Menerusi video tersebut, kelihatan satu objek yang terapung-apung di atas bayi berkenaan beberapa ketika sebelum ghaib.

Apa yang lebih menakutkan, lelaki berkenaan cuba merakamnya menggunakan kamera telefon bimbit namun imej objek berkenaan tidak kelihatan.

Sementara itu, video berkenaan menimbulkan pelbagai reaksi pelayar.

Ada di antara mereka menggelarkan objek tersebut sebagai 'bulatan semangat'.

Namun ada juga pelayar yang berpendapat ia adalah habuk ataupun serangga yang melekat pada lensa kamera berkenaan. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain