suria

Wajah bertukar hodoh gara-gara terbakar, wanita ini rela hati beri kebenaran jika suami mahu 'angkat kaki'... jawapan yang diberi sangat tak disangka-sangka

Wajah Halie bertukar 360 darjah selepas terkena api ketika menyertai perkhemahan Mei lalu. Foto: Dailystar

TIADA wanita yang sanggup ditinggalkan suami ataupun insan tersayang.

Namun berlainan pula bagi Halie Tennant, apabila dia secara rela hati meminta suami, Matthew meninggalkan dirinya.

'Tawaran' tersebut dilakukan Halie selepas wajahnya mengalami kecederaan yang teruk gara-gara terbakar ketika aktiviti perkhemahan bersama rakannya pada Mei lalu.

Halie dikejarkan ke hospital dan koma selama lapan hari.

Dia sudah beberapa kali menjalani pembedahan pada bahagian wajahnya termasuk menampal kulit.

Disebabkan itu, wanita berusia 29 tahun ini memberi kebenaran sekiranya suaminya mahu mengambil keputusan untuk meninggalkan dirinya.

Bagaimanapun, jawapan yang diberikan oleh Matthew sangat tidak disangka-sangka.

"Tidak mungkin kerana saya mencintai kamu," kata Matthew. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain