PEMIMPIN diktator Korea Utara, Kim Jong-Un memaparkan sisi sensitif dirinya sewaktu bercerita mengenai pandemik Covid-19 di negara itu. Menerusi acara di Pyongyang pada Sabtu, pemimpin berusia 36 tahun itu mendakwa Korea Utara kini bebas penularan wabak berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Khabar angin kematian Kim Jong-Un bertiup kencang, belum ada pengesahan rasmi Korea Utara Dalam ucapan itu, dia juga sempat mengalirkan air mata tatkala bercerita bagaimana pendekatan diambil negaranya dalam berhadapan Covid-19. "Saya mengharapkan kesihatan yang baik untuk semua oang di seluruh dunia yang sedang berjuang menentang virus jahat ini," ujarnya. Malah, dia turut berterima kasih kepada seluruh warga Korea Utara yang bekerja keras dalam melawan pandemik berkenaan. Dalam pada itu, segelintir penganalisis mengakui sangsi dengan dakwaannya bahawa Korea Utara kini bebas Covid-19. Malah, dia turut diselar kerana mengadakan upacara ketenteraan berskala besar tanpa penjarakkan sosial. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!