suria

Lelaki bawa ular sawa jumpa pegawai selepas lama tak dapat projek kerajaan

Paparan skrin video tular menunjukkan seorang lelaki membawa ular sawa ketika bertemu pegawai kejrajaan.

BANYAK cara yang sering digunakan sebahagian individu untuk mendapatkan projek kerajaan, baik secara adil, sah atau sebaliknya.

Bagaimanapun, cara yang digunakan oleh seorang lelaki dengan membawa ular sawa bertemu pegawai kerajaan mungkin jalan terakhir yang difikirkan berhasil.

Dalam kejadian di Bandung Barat, Indonesia, lelaki itu dituduh mengancam seorang pegawai kerajaan setelah dia membawa ular sawa besar ke pejabat Jabatan Kerja Raya dan Perumahan Awam di wilayah tersebut.

Menerusi sebuah video yang tular, lelaki itu dalam keadaan marah dilihat memaksa ketua jabatan yang ditemuinya di sebuah pejabat memberikannya kontrak pembinaan sambil reptilia itu diletakkan di pangkuannya sepanjang masa.

Polis telah menahan lelaki itu, yang hanya dikenali sebagai J, berusia 50 tahun di kediamannya pada Isnin dan menyelamatkan ular sawa berukuran empat meter itu.

”J mengaku mengancam ketua jabatan. Dia menuntut sebuah projek pembinaan kerana sudah beberapa tahun dia tidak memperolehinya, ” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Cimahi, Yohannes Redhoi Sigiro, Selasa lalu.

Mengikut undang-undang, J boleh dikenakan hukuman penjara hingga empat tahun kerana mengancam atau memaksa pegawai awam.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan apakah J membawa ular itu untuk menakut-nakuti ketua jabatan atau jika suspek akan menggunakan reptilia itu untuk menlindungi dirinya. -CNN Indonesia

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain