TIDAK berperikemanusiaan! Itulah perkataan yang sesuai diberikan kepada pasangan yang sanggup menimbus anjing peliharaan mereka hidup-hidup selepas menyuntiknya dengan ubat, dengan alasan haiwan berkenaan sudah 'tidak sihat'. Anjing daripada baka German Shepherd bernama Kiryusha itu yang ditanam di kawasan hutan berdekatan sebuah lebuh raya di utara Rusia, berjaya keluar daripada 'kuburnya'. Ia kemudian ditemui oleh seorang wanita yang sedang memandu di lebuh raya berkenaan yang kemudian bertindak menyelamatkannya. Gambar anjing malang itu disebarkan para sukarelawan pencinta haiwan di mana akhirnya berjaya mengesan identiti pemiliknya. Pasangan yang tidak disebutkan namanya itu mengaku menyuntik anjing mereka dengan ubat yang bertujuan untuk membunuhnya. Selepas menjalani beberapa ujian, doktor haiwan mengesahkan anjing berkenaan tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius dan berada dalam keadaan sihat, sebaliknya ia hanya kelaparan. - Metro.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!