suria

Ajaib! Pernah diramal hidup hanya beberapa jam, bayi 'tanpa muka' kini raikan ulang tahunnya yang pertama

Rodrigo tidak mempunyai mata, hidung dan sebahagian terngkorak. Foto: Newsflash

BAYI ajaib! Itulah perkataan sesuai buat bayi ini apabila dia baharu menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama sungguhpun pernah diramal hidup beberapa jam sahaja selepas dilahirkan.

Rodrigo digelar bayi tanpa muka, di mana dia dilahirkan tanpa mata, hidung, dan sebahagian daripada tengkorak, di sebuah bandar di Portugal.

Dek kerana kes Rodrigo agak rumit, satu siasatan dibuka terhadap doktor yang mengawal kehamilan ibunya.

Ibu bapa kanak-kanak itu mengecam seorang doktor yang bertanggung jawab di atas proses kehamilan tersebut kerana gagal mengesan sebarang kelainan pada janin mereka.

Setelah kelahirannya, Setubal Hospital Centre membuka siasatan untuk menentukan sama ada terdapat kecuaian perubatan semasa kelahiran bayi, kerana doktor tidak mengesan kecacatan dalam ujian ultrasound.

Doktor yang bertanggungjawab itu digantung tugas pada April lalu.

Ibu bapa Rodrigo mendapat sokongan 24 jam dan pasukan penjagaan paliatif pediatrik mengunjungi bayi tersebut agar dia dapat mengekalkan kestabilannya.

Jangka hayat Rodrigo pernah diramal singkat tetapi dia mengejutkan pasukan perubatan kerana mampu bertahan hingga sekarang. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Rodrigo, Portugal, bayi tanpa muka, ajaib

Artikel Lain