SEORANG wanita mendakwa melihat entiti mistik di dalam kediamannya. Menerusi rakaman yang dikongsi, kelihatan pantulan cahaya putih seperti bayang-bayang di satu sudut kediamannya. Menurut Katie Lynch Rose, dari Kings Heath, Birmingham, dia pada waktu itu sedang mempersiapkan anaknya untuk ke sekolah. Sekadar suka-suka membuat rakaman, dia mendakwa anjingnya turut menyalak sewaktu entiti itu muncul. Ujarnya lagi, dia yakin ia merupakan roh neneknya, Florence Doherty yang baru sahaja meninggal dunia akibat kanser pada April lalu. Kisah itu tular setelah dia berkongsi rakaman di beberapa laman sesawang paranormal. Malah, ramai turut memberikan pendapat berbeza mengenai rakaman itu. - Daily Star. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!