suria

Cinta sejati... lelaki ubah rumah jadi ICU, jaga isteri sakit

Seorang suami mengubah suai rumahnya menjadi ICU untuk isteri tersayang yang menghidap penyakit asma. Foto Twitter/India Times

SEORANG pesara mengubah suai rumahnya menjadi unit rawatan rapi (ICU) untuk menjaga isterinya yang sakit.

Menurut laporan Navbharat Times, pesara, Gyan Prakash melakukan segala-galanya dari pemasangan silinder oksigen sehingga ventilator.

Dia mungkin tidak menjalani latihan perubatan, tetapi ia bukan menjadi halangan untuk dia menyediakan keperluan itu untuk isteri tersayang.

Isterinya, Kumudani Srivastava menghidap penyakit asma.

Kumudani banyak kali dimasukkan ke hospital sejak empat tahun lalu.



(gambar kanan) Gyan (kiri) bersama isterinya, Kumudani. (gambar kiri) Bahagian rumah pasangan suami isteri ini. Foto Twitter/India Times

Bagaimanapun, suaminya kemudian mengubah kediamannya menjadi kemudahan perubatan sebelum dia pulang ke rumah.

Malahan, terdapat kenderaan yang diubah suai menjadi sebuah ambulans.

Orang ramai kini mendoakan isterinya agar segera sembuh. - India Times

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain