suria

Gempar nelayan temui anak jerung berkepala dua

Penemuan anak jerung berkepala dua. -foto twitter/Akshay Journo

SEORANG nelayan di Palghar di Maharashtra, India menangkap seekor anak jerung berkepala dua.

Nitin Patil, seorang nelayan dari kampung Satpati menangkap ikan kecil itu yang dikesan pada pukatnya.

Keliru dengan keadaan ikan berkenaan, dia mengambil beberapa gambar ikan tersebut sebelum melepaskannya semula ke laut.

Gambar-gambar tersebut kemudian dikongsi di media sosial sehingga menjadi tular.

"Kami tidak memakan ikan kecil seperti itu, terutama jerung,

"Jadi saya rasa aneh tetapi tetap memutuskan untuk melepaskannya," kata Patil menurut HT dipetik sebagai berkata.

Sekumpulan nelayan kemudian berkongsi gambar-gambar tersebut dengan pengkaji dari Majlis Penyelidikan Pertanian India - Institut Penyelidikan Perikanan Laut Tengah (ICAR-CMFRI), Mumbai dan mereka mengesahkan penemuan itu sebagai 'sangat jarang berlaku.' - India Times

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain