suria

Tidur dalam khemah 200 hari, budak 10 tahun kumpul dana untuk hospital

Max Woose tidur di dalam khemah selama 200 malam. Foto Woosey Family/ SWNS

SEORANG budak lelaki berusia 10 tahun mengumpul dana lebih £75,000 (RM401,793) dengan tidur di luar rumah selama lebih 200 malam.

Tindakannya itu bagi memperingati pemergian seorang rakan kepada keluarganya.

Max Woosey, dari Braunton di Devon, England mula bermalam di dalam sebuah khemah di halaman rumahnya, sejak Mac lalu.

Dia berjanji untuk tidur di dalam khemah itu setiap malam sehingga pandemik Covid-19 berakhir.

Cabaran tersebut mendapat inspirasi daripada rakannya yang juga jiran, Rick, 74, yang meninggal dunia akibat kanser pada Februari lalu.

Rick menghadiahkan khemah tersebut kepada Max sebelum jirannya itu meninggal dunia.

Dana yang dikumpul oleh Max itu disumbangkan kepada hospital yang menjaga dan Rick dan isterinya sebelum pasangan tersebut meninggal dunia. - Metro UK

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain