PERSAINGAN untuk menduduki kerusi Presiden Amerika Syarikat kian hangat antara penyandang, Donald Trump dengan pesaingnya, Joe Biden. Trump dengan yakinnya mengatakan dia akan memenangi pilihan raya presiden pada November nanti. Bahkan, presiden dari parti Republikan itu dengan yakinnya mengatakan dia mungkin akan mengucapkan selamat tinggal kepada Amerika Syarikat jika tewas dalam pilihan raya tersebut di tangan Biden. Trump memberitahu orang ramai di Macon, Georgia pada 16 Oktober bahawa bertanding melawan Biden adalah seperti melawan orang yang disebutnya sebagai 'calon terburuk dalam sejarah politik'. Bercakap kepada khalayak, Trump mengejek Biden dan berkata bersaing dengan Biden 'memberi tekanan' kepadanya untuk menang. "Bolehkah anda gambarkan? Sekiranya saya kalah, apa yang akan saya lakukan? Sepanjang hidup saya, saya harus mengatakan bahawa saya kalah dengan calon terburuk dalam sejarah politik. "Saya tidak akan merasa sangat baik, mungkin saya harus meninggalkan negara ini," kata presiden berumur 74 tahun itu. Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung pada 3 November nanti. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!