SEORANG perogol kanak-kanak meninggal dunia akibat Covid-19 di dalam penjara.
Brian Learmonth dijangkiti virus itu ketika menjalani hukuman selama 12 tahun dan enam bulan di penjara HMP Stafford di England.
Dia mengaku melakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak, termasuk tiga pertuduhan merogol pada 2015.
Banduan berusia 65 tahun itu meninggal dunia pada 8 Oktober
Learmonth juga melakukan kesalahan mencabul dan merakamkan foto tidak senonoh terhadap kanak-kanak, lapor Stoke Sentinel.
Malahan, tertuduh juga menyebarkan gambar-gambar tidak senonoh membabitkan mangsa pada lewat 1980an dan 1990an ketika berada di Shresbury. - Daily Star
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!