suria

Pemuda ketagih untuk kelihatan seperti Barbie mengeluh sukar cari teman wanita

Wajah sebelum Honza (kiri) dan selepas (kanan) melakukan rawatan untuk kelihatan seperti anak patung Barbie. -foto PA Real Life

SEORANG lelaki yang mahu kelihatan seperti anak patung Barbie sanggup membelanjakan £15,000 (RM81,625) untuk pembedahan plastik.

Namun, pemuda berkenaan, Honza Simsa berkata, ketagihannya melakukan pembedahan memberi kesukaran kepadanya untuk mencari cinta.

Pemuda berusia 26 tahun menyifatkannya sebagai lelaki biasa yang tertarik dengan wanita.

Dia bagaimanapun hanya mempunyai sedikit ciri kewanitaan ketika masa lapang.

Di rumah, Honza sering memakai bulu mata palsu, kasut tumit tinggi dan rambut palsu merah jambu.

Kerana mahu kelihatan seperti Barbie, Honza membuat rawatan suntikan pada wajahnya.

Jauh di sudut hatinya dia masih mencari wanita sebagai pasangan hidup.

Honza yang berasal dari Brno, Republik Czech berkata: "Saya mungkin berpakaian dan kelihatan seperti ini, tetapi dalam fikiran saya, saya adalah lelaki.

"Saya sukakan wanita, tetapi ramai perempuan mempunyai masalah dengan wajah saya kerana boleh mengelirukan mereka.

"Saya suka date dengan perempuan yang mempunyai rupa yang sama - kelihatan seperti anak patung Barbie," katanya.

Honza mula melakukan transformasinya sejak 2017. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain