suria

Mengejutkan! Kanak-kanak 8 tahun jadi pembunuh bersiri termuda di dunia, sepupu dan adik perempuan antara yang jadi mangsa

Amarjeet membunuh tiga individu ketika usianya 8 tahun. Foto: Dailystar/YouTube

MENGEJUTKAN! Seorang kanak-kanak lelaki dari India 'mencipta sejarah' apabila menjadi pembunuh bersiri termuda di dunia.

Dikenali sebagai Amarjeet Sada, kanak-kanak ini dilahirkan pada 1998 dan berasal dari daerah Begusaray di Bihar, India.

Keluarganya merupakan orang miskin di mana bapanya hanya bekerja sebagai buruh.

Amarjeet mula membunuh buat pertama kali ketika berusia tujuh tahun, di mana mangsanya adalah sepupu perempuannya yang berusia enam tahun.

Tidak lama kemudian, dia membunuh pula seorang bayi berusia lapan bulan yang merupakan adik perempuan kandungnya.

Dilaporkan, sebahagian ahli keluarga Amarjeet dan beberapa penduduk kampung mengetahui mengenai jenayah yang dilakukan kanak-kanak tersebut, bagaimanapun mereka hanya menganggapnya sebagai 'isu keluarga' lalu ia tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Bagaimanapun pada 2007, kanak-kanak tersebut membunuh seorang bayi berusia enam bulan yang merupakan anak kepada jirannya, di mana kes tersebut dilaporkan kepada polis.

Superintenden Amit Lodha berkata, kes kanak-kanak itu berkaitan kes psikiatri dan pakar akan menilai kesihatan mentalnya, di mana dia akhirnya didapati menghidap 'kelainan tingkah laku' (conduct disorder).

Amarjeet ditempatkan di sebuah pusat reman di bandar Munger. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain