suria

Adik beradik tiri hangat bercinta, pengumuman terbaharu kejutkan pengikut di TikTok

Diana Camila Avila dan Jordie Vena mula bertemu enam tahun lalu.

ADIK-beradik tiri yang mengaku sebagai pasangan bercinta ternyata mengejutkan ramai pengikut mereka di aplikasi TikTok.

Menerusi video dikongsi, Diana Camila Avila dan Jordie Vena turut menjelaskan bagaimana hubungan mereka terjalin.

Ujar pasangan itu, mereka bertemu melalui ibu bapa mereka enam tahun lalu dan mula bercinta pada tahun 2017.

Memiliki 600,000 pengikut, penjelasan mereka itu turut menimbulkan persoalan ramai.

Malah, ramai yang turut meninggalkan komen negatif terhadap mereka.

Selain itu, ada juga yang menyifatkan hubungan mereka sebagai sesuatu yang menjijikkan.

"Orang sukar faham hubungan kami. Tapi cinta tetap cinta.

"Sukar untuk jangka kamu akan jatuh cinta kepada siapa," ujar Diana sebagai respon kepada kecaman ramai. - Mirror.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain