SEORANG wanita dikecam kerana menjalankan sesi 'photoshoot' bertemakan Halloween dengan anaknya yang berusia setahun. Bobbi Rylant, 27, dari Yukon, Oklahoma, Amerika Syarikat menggunakan otak dan darah palsu menerusi sesi tersebut sehingga menimbulkan kemarahan ramai. Menerusi foto dikongsi, anak lelakinya, Kamden duduk di dalam bekas berisi darah sambil memegang otak palsu. Foto itu dirakam sekitar sebulan yang lalu. Setelah berkongsi foto di laman sosial, dia menerima banyak mesej berunsur kebencian dan kecaman. Malah, ada yang berpendapat dia tidak patut dikurniakan anak. Namun kata wanita itu, dia juga ada menerima komen-komen positif. Katanya lagi, ia diinspirasikan berdasarkan filem The Walking Dead. - Mirror. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!