PASANGAN kembar, Autumn Shaw dan Amber Tramontana melahirkan anak masing-masing, pada hari ulang tahun mereka, lapor TNN. Malah, kedua-dua mereka melahirkan anak perempuan. Bukan sekadar itu, pasangan kembar yang berasal dari Knoxville, Tennessee di Amerika Syarikat bersalin di hospital yang sama pada 29 Oktober. Mereka bersalin dengan jarak masa hanya 90 minit antara satu sama lain. Percaya atau tidak, kehamilan mereka sebelum ini juga begitu hampir antara mereka. Anak lelaki mereka, masing-masing kini berusia dua tahun, dilahirkan dengan jarak 10 minggu. "Kami mahu anak-anak kami merasai pengalaman yang sama semasa kami membesar, yang lebih dari sebagai adik-beradik," kata Amber kepada ABC6. - India Times Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!