suria

Gara-gara kerja lebih masa, 14 rider hantar barang maut... ada yang bertugas 21 jam

Seorang pemuda bekerja menghantar barang. -foto Reuters

SEBANYAK 14 kes kematian penghantar barang di Korea Selatan dikaitkan dengan kerja lebih masa yang mengakibatkan keletihan, lapor BBC.

Laporan menyebut bahawa penghantar barang berusaha untuk menangani peningkatan bilangan pesanan dalam talian, berikutan pandemik Covid-19.

Mereka terdiri daripada penghantar barang keperluan seperti makanan sehingga bukan keperluan seperti baju dan kosmetik.

BBC melaporkan mengenai nasib seorang pekerja tersebut. Kim Duk-yeon, 36, yang ditemui meninggal dunia sehari selepas menghantar 400 bungkusan dalam tempoh bekerja selama 21 jam.

Penghantar barang berusia 36 tahun itu bekerja sejak pukul 5 pagi pada hari sebelumnya.

Dia menghantar mesej kepada seorang rakan, meluahkan hasratnya untuk menangguhkan satu pusingan penghantaran bungkusan tersebut.

"Saya tak boleh," katanya.

Kim ditemui meninggal dunia empat hari kemudian.

Dia merupakan salah seorang daripada 14 pekerja di Korea Selatan yang meninggal dunia kerana bekerja secara berlebihan, dengan kebanyakan mereka adalah penghantar barang. - India Times

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain