WARGA Britain yang mengajar bahasa Inggeris di sebuah kolej di Wuhan, China pada November tahun lalu meninggal dunia selepas bertarung nyawa hampir setahun dengan wabak Covid-19. Connor Reed, 26, jatuh sakit dan menjalani tempoh kuarantin selama 20 minggu. Dia yang pada awalnya hanya mengalami gejala selesema ringan dibawa ke hospital selepas batuknya semakin teruk sehingga dia hilang suara. Penuntut Universiti Bangor itu pulih daripada jangkitan tersebut tetapi ditemui mati di ruang tamu rumahnya minggu lalu. Berita kematian Connor ternyata memberi tamparan hebat kepada ibunya, Hayley yang menetap di Brisbane, Australia. "Kami amat sedih dengan pemergiannya. Kami tidak dapat hadir upacara pengebumiannya di United Kingdom kerana tidak dibenarkan berlepas ke luar negara. "Jadi kami akan mengadakan upacara kecil bagi memperingatinya di Australia," kata Hayley. Polis dan pasukan perubatan dikejarkan ke sebuah flat didiaminya minggu lalu. Connor disahkan meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!