SEORANG budak perempuan berusia tiga tahun berjaya ditarik keluar daripada sisa runtuhan sebuah bangunan di Turki. Elif Perincek yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan apartmen selama 65 jam, antara 106 mangsa yang ditemui selamat setakat ini. Rakaman video menunjukkan Elif diselamatkan Izmir, salah seorang petugas mencari dan menyelamat mangsa kejadian runtuhan akibat gempa bumi berukuran 7 magnitud yang menggegar Turki dan Greece. Menurut NTV, Elif mengalami kecederaan namun tahap kecederaan dialaminya tidak dapat dipastikan. Adik kembar Elif bersama ibu mereka Seher Dereli Perincek turut berjaya diselamatkan. Malangnya abang Elif gagal diselamat dan mayatnya yang ditemui dibawah sisa runtuhan sudah dikelurkan. - The Sun Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!