SEJARAWAN yang merompak 29 kubur kanak-kanak perempuan dan tinggal bersama mayat mereka yang sudah diawet enggan membuat permohonan maaf kepada ibu bapa mangsa. Anatoly Moskvin menggali kubur kanak-kanak tersebut sebelum membawa mayat mereka ke sebuah rumah flat yang didiami bersama ibu bapanya. Malah, lelaki itu turut memakaikan gincu dan mekap pada wajah mayat tersebut selain memasang kotak muzik pada dada mereka. Muncul pada sesi perbicaraan di mahkamah, Moskvin enggan meminta maaf di atas perbuatannya itu dengan mendakwa ibu bapa mangsa sudah tiada hak ke atas mayat berkenaan. Moskvin yang dimasukkan ke sebuah hospital mental mendakwa penyakit skizofrenia yang dialaminya sudah pulih dia sedikit pun tidak menunjukkan kekesalannya. "Kanak-kanak perempuan ini pada pendapat saya sudah tiada ibu bapa. Saya tidak mengenali mereka. "Sebaik saja mayat anak mereka dikebumikan, mereka sudah tiada hak ke atas kanak-kanak itu. Jadi saya tidak akan minta maaf," katanya. Lelaki berusia 59 tahun itu ditahan pada 2011 atas jenayah itu dan mengaku melakukan penderaan ke atas mayat kanak-kanak tersebut yang berusia tiga hingga 12 tahun. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!