Insiden yang berlaku pada April lalu itu bagaimanapun didedahkan malam Ahad.
The Duke of Cambridge itu turut dijangkiti wabak itu selepas bapanya, Putera Charles disahkan positif jangkitan tersebut pada hujung Mac lalu.
“Ada satu tahap dia sukar untuk bernafas, jadi sesiapa saja dikelilinginya amat panik.
“Selepas bertemu doktor dan disahkan positif, agak mengejutkan memandangkan beliau cukup sihat dan aktif.
“Namun dia membuat keputusan untuk meneruskan kerjanya,” kata seorang sumber kepada The Sun.
Menurut laporan itu, sejak itu Putera William dirawat doktor istana dan menjalani kuarantin di rumahnya dekat Ammer Hall di Norfolk. - The Sun
Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!