JODOH yang tak disangka-sangka! Begitulah kisahnya dengan pasangan ini yang mengambil keputusan untuk berkahwin selepas berkenalan secara tidak sengaja, lima tahun lalu. Kisah bermula di mana Sugar Good, 49, yang ketika itu bertugas di kaunter pandu lalu sebuah rangkaian restoran Dunkin Donut di Oklahoma, Amerika Syarikat mengambil pesanan seorang lelaki, John Thompson,45, pada 2015. Thompson menjadi pelanggan tetap yang kerap membuat pesanan menerusi kaunter pandu lalu restoran berkenaan. Selama dua tahun, Thompson akan ke kaunter pandu lalu itu untuk membuat pesanan sarapan yang sama setiap pagi, sehinggalah satu hari pada tahun 2018, lelaki itu memberikan nombor telefonnya kepada Good. Bermula daripada detik itu, pasangan tersebut kerap berhubung dan akhirnya berpacaran sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin pada Oktober lalu. Apa yang menariknya, pasangan ini memilih untuk meraikan hari bahagia mereka di laluan pandu lalu restoran berkenaan, sebagai mengabadikan lokasi yang menjadi saksi detik pertama mereka berkenalan. Pasangan ini juga tidak memakai persalinan raja sehari seperti kebiasaannya, sebaliknya mengenakan pakaian ketika kali pertama bertemu - dengan Good memakai uniform kerjanya manakala Thompson memakai kemeja biru biasa. - Metro.co.uk Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!