BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan. Begitulah kisah sedih melibatkan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di Mumbai, India yang kini terpaksa menjual teh untuk menyara keluarga. Semuanya bermula selepas ibunya dibuang kerja akibat situasi ekonomi meruncing ekoran Covid-19. Dikenali sebagai Subhan, bapanya juga sudah meninggal dunia dua tahun lalu sekaligus menyebabkan dia sekeluarga hilang tempat bergantung. Kata Subhan, dia akan meneruskan persekolahan apabila ia dibuka kelak. Buat masa ini, dia mahu fokus berniaga demi membantu ekonomi keluarga. "Mak saya pembantu bas sekolah. Tapi sekolah tutup. Dia tiada kerja dan kami menghadapi masalah," kata remaja itu lagi. - India Times. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!