suria

Selamatkan nyawa ibu jatuh gaung, budak lelaki terkejut terima ‘kunjungan’ Beckham

Beckham menyampaikan anugerah tersebut kepada Sebastian.

MESKIPUN baru berusia 11 tahun, Sebastian Williams menerima anugerah keberanian kerana tindakan bijak menyelamatkan nyawa ibunya yang terjatuh ke dalam gaung.

Ketika kejadian kanak-kanak itu kelihatan tenang meminta pertolongan daripada orang ramai bagi memastikan ibunya selamat.

Lebih menarik, dia menerima kunjungan mengejut legenda bola sepak Manchester United David Beckham yang hadir menyerahkan anugerah tersebut.

Kanak-kanak itu yang tiba di sebuah hotel dekat London pada awalnya hanya menjangka dia dibawa ke sana untuk sesi temubual.

Bagaimanapun Sebastian terkejut apabila kelibat bekas pemain kebangsaan England itu berjalan menuju ke bilik dia berada.

Kanak-kanak itu menerima penghargaan tersebut yang diserahkan Beckham daripada Pasukan Penyelamat Gunung Oban yang dibawanya ke lokasi ibunya terjatuh.

Akibat insiden itu, ibunya mengalami keretakan tulang pada anggota badan.

"Saya dengar cerita baik tentang anda dan boleh menjadi inspirasi kepada orang lain," kata Beckham.

Percutian Sebastian dengan mendaki Gunung Ben Cruachan bersama keluarganya pada Oktober lalu bertukar mimpi ngeri apabila ibunya tergelincir semasa sedang menuruni kawasan berbukit dalam keadaan cuaca buruk. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain