SEBUAH kereta merempuh pagar Masjidil Haram di Makkah pada Jumaat malam, lapor media tempatan. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pada lewat Jumaat malam (waktu tempatan). Video yang dikongsi di media sosial menunjukkan sebuah kereta dipandu laju sebelum merempuh pagar berkenaan. Kereta tersebut kemudian terbabas dekat salah sebuah pintu di masjid. Akhbar tempatan, Okaz melaporkan bahawa tiada orang awam yang cedera dalam kejadian itu. Turut dilaporkan beberapa individu dilihat mengalihkan kenderaan terbabit daripada kawasan masjid berdasarkan rakaman video yang tular di laman sosial. Menurut laporan itu, pemandu berkenaan yang merupakan warga Arab Saudi ditahan dan siasatan sedang dijalankan. - Middle East Eye A driver rammed his car into Door 89 of the Grand Mosque in Mecca (Masjid al-Haram) at 22:25pm Saudi time.The driver was arrested and based on video footage posted on social media, local media reports, there were no casualties. pic.twitter.com/CzNKWq5OO5 — Faisal | فيصل (@faisaledroos) October 30, 2020 Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!