SEORANG lelaki maut selepas tempurung kepalanya retak akibat dipukul bapa saudara kepada rakan sekelas anaknya gara-gara perat mulut di WhatsApp mengenai kerja sekolah. Berikutan wabak Covid-19 yang melanda dunia sehingga menyebabkan hampir semua sekolah ditutup, rata-rata guru akan memberikan kerja sekolah menerusi aplikasi WhatsApp. Namun medium komunikasi antara guru dengan ibu bapa murid pelajar berusia 12 tahun di sebuah sekolah di Rusia bertukar kecoh apabila berlaku pergaduhan antara mereka. Salah seorang wanita bernama Anna bergaduh dengan Roman Grebenyuk, 41, bapa kepada seorang pelajar di sekolah tersebut. Suami kepada Anna menyertai grup WhatsApp itu dan menghantar mesej kepada Roman menyatakan hasrat untuk bersemuka dengannya. Pergaduhan itu turut disaksikan lebih 40 ibu bapa pelajar lain termasuk guru kelas yang kemudiannya meninggalkan grup WhatsApp itu. Pada suatu hari, Roman diserang suami dan adik Anna, Arman Melkonyan ketika dia pergi ke sebuah bank untuk menghadiri mesyuarat bersama rakan sepejabatnya. Seorang doktor yang berada di lokasi kejadian cuba memberikan bantuan tetapi tempurung kepala Roman mengalami keretakan yang serius. Roman bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada Isnin lalu selepas koma susulan pembedahan yang dilakukan terhadapnya. Dalam video Jawatankuasa Siasatan Rusia, Melkonyan mengaku membunuh Roman. Jika didapati bersalah dia boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun. - The Mirror Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!