SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemui tidak bernyawa di biliknya, dipercayai gara-gara menyahut cabaran bunuh diri di aplikasi TikTok. Mayat Colbert Munoz ditemui oleh ayahnya, Luis Munoz dan ibu, Katiuska Beltran, di bilik tidurnya di rumah mereka di Chile. Munoz dan isterinya turut mendapati komputer anak mereka sedang terpasang dengan pemasa (timer) terlayar di skrin, sekaligus menimbulkan kecurigaan bahawa kanak-kanak tersebut berada di dalam tekanan untuk menyelesaikan cabaran aneh di aplikasi yang sedang trending di seluruh dunia ketika ini. Menurut pihak berkuasa tempatan, kematian tragis Colbert disyaki akibat bunuh diri. Bagaimanapun ia masih belum dapat disahkan oleh pasukan penyiasat yang merancang untuk 'menggeledah' telefon bimbit kanak-kanak berkenaan. Sementara itu Katiuska yang bercakap di TV Chile berkata, pandemik Covid-19 sangat memberi kesan kepada Colbert sehingga anaknya 'beralih' kepada media sosial. Ujarnya, Colbert terlalu bergantung dengan dunia dalam talian (online). Malah dia turut menyifatkan pihak yang mewujudkan cabaran sedemikian sebagai 'syaitan'. - Dailystar Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!