SEORANG polis trafik di Hyderabad, India menarik perhatian netizen selepas tular video, menunjukkan dirinya berlari sejauh hampir dua kilometer untuk memastikan kelancaran lalu lintas untuk sebuah ambulans. Video G. Babji tular di media sosial, dan menerim pujian di atas bantuan beliau terhadap pesakit yang tidak dikenali untuk dibawa ke hospital. Insiden berlaku pada Isnin lalu ketika waktu puncak sekitar pukul 6 dan 7 petang, di antara persimpangan Abids GPO dan Andhra Bank Koti. Namun, ia mula menjadi perhatian selepas polis memuat naik video tersebut pada Rabu. Video berkenaan dirakamkan oleh seseorang di dalam ambulans, menunjukkan polis tersebut berlari sambil meminta pengguna jalan raya memberi laluan kepada kenderaan itu. Malah, dia berlari di luar kawasan tugasnya demi memastikan perjalanan ambulans ke hospital lancar. - India Times Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!