suria

Didakwa mahu tuntut cerai, Melania 'serang' bekas pembantu suami

Melania kecewa dengan dakwaan Omarosa.

MELANIA Trump kecewa selepas bekas pembantu suaminya mendakwa dia menunggu masa untuk memfailkan perceraian terhadap Donald Trump.

Omarosa Manigault Newman yang juga bekas penasihat politik kepada Trump membuat pendedahan mengejutkan mengenai rumah tangga pasangan terbabit yang didakwa bagai retak menanti belah.

Malah dakwanya lagi, Melania hanya menunggu Trump hilang kuasa di Rumah Putih sebelum meninggalkan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) itu.

Omarosa yang bertemu Trump pada musim pertama The Apprentice turut memberitahu hos rancangan TV Lorraine Kelly bahawa Melania ‘ditolak’ suaminya, lapor Mirror Online.

Dalam bukunya pada 2018 berjudul Unhinged: An Insider’s Accout of The Trump White House, Omarosa berkata:"Pada pendapat saya, Melania sedang menunggu masa sehingga Trump tidak lagi berkuasa dan dia boleh memfailkan perceraian.”

"Sekiranya Melania meninggalkannya semasa dia masih lagi berkuasa, Trump mungkin mencari jalan untuk menghukumnya," kata Omarosa.

Tambahnya lagi, Trump mungkin cuba menarik semula taraf kewarganegaraan isterinya itu.

Namun pada Ogos lalu, jurucakap Melania, Stephanie Grisham sebelum ini mengecam Omarosa dengan mendakwa dia tidak begitu mengenali Melania.

Menurut The Sun, Grisham dilaporkan berkata:"Melania jarang berinteraksi dengan Newman." - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain