suria

Penuh dramatik! Helikopter hantar organ terhempas di helipad hospital, doktor pula tersadung ketika bawa jantung

Sebuah helikopter yang melakukan penghantaran organ terhempas di helipad di atas bumbung Keck Hospital. Foto: Fox News

DETIK penuh mendebarkan!

Begitulah ayat yang sesuai bagi menggambarkan situasi kelam kabut apabila sebuah helikopter yang melakukan penghantaran organ ke sebuah hospital, terhempas di helipad bumbung hospital berkenaan.

Video yang dirakam Fox News menunjukkan helikopter berkenaan terhempas di bumbung Keck Hospital di Los Angeles, California, Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.

Anggota bomba dilihat cuba mengambil jantung yang dihantar sebelum menyerahkannya kepada salah seorang doktor.

Tetapi secara tiba-tiba doktor berkenaan terpijak plat logam, lalu dia tersadung dan jantung berkenaan terjatuh di lantai.

Kelihatan anggota bomba dan kaktitangan lain bergegas mendapatkan organ tersebut sebelum membawanya ke bilik pembedahan.

Di sebalik insiden penuh dramatik itu, kakitangan hospital mengesahkan jantung tersebut tiba dengan selamat dan pesakit telah menjalani pemindahan.

Daripada tiga penumpang yang menaiki helikopter, hanya juruterbang dirawat kerana cedera ringan.

Masih belum jelas mengapa helikopter itu terhempas. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain