suria

Buruh sedang bekerja ternampak wajah bayi ditimbusi tanah, rupa-rupanya ditanam hidup-hidup

Polis masih menyiasat kejadian bayi ditanam hidup-hidup.--foto Newslions Media/SWNS/MetroUK

BERLAKU 'keajaiban' apabila seorang bayi yang baru lahir terselamat walaupun ditanam hidup-hidup di sebuah ladang.

Bayi itu ditemui oleh seorang buruh yang dapat melihat wajahnya dari permukaan tanah ketika sedang bekerja di ladang di Khatima, Uttarakhand, India, dekat dengan sempadan Nepal.

Pekerja berkenaan, Kundan Singh Bhandari, kemudian memberitahu penduduk tempatan dan polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan bayi tersebut pada pagi Rabu, menurut laporan.



Bayi tidak bertindak balas ketika dibawa keluar dari tanah. -foto Newslions Media/SWNS/MetroUK

Detik menyentuh hati dapat dilihat ketika bayi itu dibawa keluar dari tanah dan diselamatkan segera dengan cara membaluti badannya dengan selimut.

Seorang wanita kemudian membersihkan wajah bayi itu yang dipenuhi tanah, tetapi nampaknya dia tidak bertindak balas.

Bayi ini dkatakan berada dalam keadaan stabil selepas dibawa ke hospital. -foto Newslions Media/SWNS/MetroUK

Bayi itu kemudian dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan dan kini dikatakan dalam keadaan stabil.

Media tempatan melaporkan bahawa polis sedang melakukan siasatan. -MetroUK

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

bayi, ditanam, hidup, ladang

Artikel Sebelum

Artikel Lain